Monday, March 19, 2012

HADITH 6: MEMINTA JAWATAN PEMIMPIN

وأخرج البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي عن عبد الرحمن بن سمرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تسأل الامارة ، فإنك إن اعطيتها عن غير مسألة أعنت عليها ، وإن أعطيتها عن مسألة وكلت إليها ، وإذا حلفت على يمين فرأيت غيرها خيراً منها فأت الذي هو خير وكفر عن يمينك .

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika diberikan (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkan tanpa ditolong (menanggung segala bebanya). Tetapi jika engkau diberi kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya). Apabila engkau bersumpah terhadap sesuatu, namun selepas itu engkau dapati ada yang lain lebih baik daripadanya(apa yang engkau sumpahkan itu), maka laksanakanlah apa yang lebih baik dan bayarlah (tebuslah) kifarat sumpah kamu itu."

Kitab Sahih Muslim, Kitab Imarah, Bab Larangan Menuntut Jadi Pemimpin, Nom Hadith 1652

HURAIAN RINGKAS HADITH

Dalam hadis tersebut difahami bahawa Nabi Muhammad SAW tidak menggalakkan atau menegah memohon jawatan penguasa atau pemimpin itu kerana jawatan atau tanggungjawab yang besar dan semua itu akan dipersoalkan atau ditanya oleh Allah SWT. Sekiranya tidak dapat berlaku adil akan membawa kecelakaan pada hari kiamat nanti.
Kepimpinan itu seharusnya janganlah diminta  namun Nabi SAW tidak mengharamkannya. Hal tersebut kerana bagi sesiapa yang menyandang jawatan pemimpin atas dasar permintaannya ia akan menghadapi permasalahan secara bersendirian di mana Allah tidak akan menolongnya menyebabkan ia sukar, khusus bagi orang yang tidak berkemampuan. Walau bagaimanapun bagi seorang yang berkelayakan dan ia sahaja yang layak memohon jawatan pemimpin itu, adalah wajib baginya memohon jawatan tersebut.

PENGAJARAN
  1.  Memohon jawatan sebagai pemimpin tidak digalakkan dalam Islam.
  2. Pemimpin yang dilantik atas dasar pemilihan umum atau syura akan dibantu Allah.
  3. Pemimpin yang berkelayakan dan adil akan mendapat pimpinan Allah SWT.
  4. Sesiapa yang berkelayakan dan tiada ada orang Islam yang lebih layak utk menjadi pemimpin maka waktu itu wajib atau fardu ain baginya menawarkan diri menjadi pemimpin.

HADITH 5 : MENYERAHKAN TANAMAN PADA ORANG YAHUDI


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطَى خَيْبَرَ اليَهُودَ، عَلَى أَنْ يَعْمَلُوهَا وَيَزْرَعُوهَا، وَلَهُمْ شَطْرُ مَا خَرَجَ مِنْهَا.

Maksudnya : Dari Nafi, dari Ibn Umar RA, “Sesungguhnya Rasulullah memberikan khaibar(tanaman) kepada orang Yahudi untuk dikerjakan dan bercucuk tanam, dan memberi pada mereka sebahagian dari hasil tanaman tersebut”.

Kitab Sahih Bukhari, Kitab Muzara’ah(Pertanian), Bab Menyerahkan Tanaman Kepada Orang Yahudi, Nom Hadith 2331.

HURAIAN RINGKASAN HADITH

Hadith tersebut sebagai isyarat bahawa tiada perbezaan antara melakukan kerja dengan kaum Muslimin atau orang kafir zimmi(orang kafir yang memohon perlindungan dari kaum Muslim). Malahan boleh untuk menyerahkan tanaman pada Yahudi untuk mengerjakan hasil tanaman dan mesti diberikan upah iaitu dari hasil sebahagian tanaman tersebut.


PENGAJARAN


1. Tiada perbezaan antara melakukan kerja dengan kaum Muslimin atau orang kafir zimmi.
2. Orang kafir atau yahudi boleh menjaga tanaman orang muslim.
3. Harus memberi upah pada orang yang menjaga tanaman.


HADITH 4 : DOSA MENGHALANG ORANG DALAM PERJALANAN UNTUK MENDAPATKAN AIR



حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا صَالِحٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " ثَلاَثَةٌ لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ القِيَامَةِ، وَلاَ يُزَكِّيهِمْ، وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ، رَجُلٌ كَانَ لَهُ فَضْلُ مَاءٍ بِالطَّرِيقِ، فَمَنَعَهُ  مِنَ ابْنِ السَّبِيلِ، وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لاَ يُبَايِعُهُ إِلاَّ لِدُنْيَا، فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا رَضِيَ، وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا سَخِطَ، وَرَجُلٌ أَقَامَ سِلْعَتَهُ بَعْدَ العَصْرِ، فَقَالَ: وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ لَقَدْ أَعْطَيْتُ بِهَا كَذَا وَكَذَا، فَصَدَّقَهُ رَجُلٌ " ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ: {إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا} [آل عمران: 77

Maksudnya: Dari al-A’masy, dia berkata. “ Aku mendengar Abu Sahaleh berkata: Aku mendengar Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat serta tidak menyucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih iaitu orang yang memiliki air lebih dari keperluan di jalan, lalu dia melarang orang dalam perjalanan untuk mengambilnya, orang yang berbai’at pada imamnya, tetapi dia tidak membai’atnya kecuali untuk kepentingan dunia, apabila diberi dia redha dan apabila tidak diberi dia murka dan orang yang menawarkan barangnya selepas waktu asar lalu berkata: “ Demi Allah yang tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Dia, sungguh barang ku ini ditawar dengan harga sekian dan sekian, lalu perkataan itu dibenarkan oleh orang lain.” Kemudian beliau membaca ayat,” Sesungguhnya orang-orang yang menukar perjanjian dengan Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang murah. (al-Quran. Ali-Imran 3:77)

Kitab Sahih Bukhari, Kitab Masaqat(Tanaman), Bab Dosa Menghalang Perjalanan Orang Mengambil Air. Nom Hadith 2358

HURAIAN RINGKASAN HADITH
Ibn Baththal berkata, “ Hadis ini terdapat dalil bahawa pemilik ladang berhak daripada orang yang sedang dalam perjalanan apabila ia memerlukan. Namun, apabila keperluannya telah dipenuhi, maka ia tidak boleh melarang orang yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil air tersebut.
Ima Bukhari berkata “ Orang yang berpendapat bahawa pemilik telaga lebih berhak terhadap air yang ada di dalamnya.

PENGAJARAN

1. Allah tidak akan menerima hambanya diakhirat kelak jika memiliki air lebih dari keperluan di jalan, lalu dia melarang orang dalam perjalanan untuk mengambilnya.
2. Sebagai seorang manusia kita tidak boleh menyekat keperluan orang lain.
3. Kita perlu tolong menolong antara satu sama lain apabila ditimpa kesusahan atau musibah.

HADITH 3: SUMPAH DALAM JUAL-BELI

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، أَخْبَرَنَا العَوَّامُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَجُلًا أَقَامَ سِلْعَةً وَهُوَ فِي السُّوقِ، فَحَلَفَ بِاللَّهِ لَقَدْ أَعْطَى بِهَا مَا لَمْ يُعْطِ لِيُوقِعَ فِيهَا رَجُلًا مِنَ المُسْلِمِينَ فَنَزَلَتْ: {إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا} [آل عمران: 77] .  

Maksudnya: Dari Ibrahim Bin Abdurrahman, dari Abdullah Bin Abi Aufa’ RA, “Sesungguhnya seorang lelaki menempatkan barang sedang dia berada dipasar. Lalu bersumpah atas nama Allah telah memberikan barang itu apa yang tidak berikan dengan tujuan untuk menjerat seorang lelaki dari kaum Muslimin, maka turunlah ayat “Sesungguhnya orang-orang yang menjual (menukar) perjanjian dengan Allah serta sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit.” (al-Quran. Ali-Imran 3:77)

Kitab Sahih Bukhari, Kitab Buyu’, Bab Sumpah Dalam Jual Beli. No Hadith 2088.

HURAIAN RINGKASAN HADITH

            Hadis tersebut menerangkan sumpah dalam jual beli yang tidak di sukai secara mutlak. Apabila sumpah itu dusta, maka haram hukumnya. Sedangkan apabila sumpah itu benar dan jujur, maka hukumnya makruh. Pendapat mengatakan hadis ini bersifat khusus, sedangakan hadis ini bersifat umum, oleh itu umum di situ disimpulkan dari Firman Allah “Dan sumpah-sumpah mereka”. Dalam perbahasan ini tentang kesaksian disebutkan mengenai asbab penurunan ayat al-Quran ini bagi menyokong hadis tersebut.

HADITH 2: MENJUAL KURMA CAMPURAN


حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، حَدَّثَنَا شَيْبَانُ، عَنْ يَحْيَى، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: كُنَّا نُرْزَقُ تَمْرَ الجَمْعِ، وَهُوَ الخِلْطُ مِنَ التَّمْرِ، وَكُنَّا نَبِيعُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، وَلاَ دِرْهَمَيْنِ بِدِرْهَمٍ.

Maksudnya: Dari Abu Salamah, dari Abu Sa’id RA, dia berkata,” Kami diberikan rezeki berupa kurma Jam’, iaitu campuran. Kami biasa menjual dua sha’ dengan satu sha’.” Maka Nabi SAW bersabda, “Tidak boleh menukar/menjual dua sha’ dengan satu sha’, dan tidak boleh pula dua dirham dengan satu dirham.”


Kitab Sahih Bukhari, Kitab Buyu’, Bab Menjual Kurma Campuran, Nom Hadith 2080.

HURAIAN RINGKASAN HADITH

Hadith tersebut menceritakan mengenai menjual kurma campuran. Maksudnya kurma yang terdiri dari pelbagai jenis. Terdiri daripada kurma yang berkualiti bagus atau tidak berkualiti iaitu sudah rosak. Hadith tersebut mengandungi  larangan melakukan sistem barter kurma dengan kurma, jika salah satunya banyak, begitu dengan dirham.


PENGAJARAN

1. Tidak boleh menipu dalam jualan seperti menjual kurma yang telah rosak, bahkan ianya kelihatan elok.
2. Larangan dalam melakukan sistem barter jika tidak samataraf  nilainya.



HADITH 1: MENGHORMATI PEMIMPIN

 حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ، أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ يَزِيدَ بْنِ جَابِرٍ، عَنْ رُزَيْقِ بْنِ حَيَّانَ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قَرَظَةَ، عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ، وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ ، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَفَلآ نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ؟ فَقَالَ: لاَ، مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلَاةَ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ، فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ، وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ.


Maksudnya: Rasulullah bersabda: “Pemimpin-pemimpin mu yang paling baik ialah orang yang engkau sayangi atau kasihi dan ia menyayangimu, dan yang engkau doakan keselamatan dan mereka pun mendoakanmu dengan keselamatan. Dan pemimpin-pemimpin yang paling jahat ialah orang yang engkau benci dan ia membencimu  dan yang engkau laknati serta mereka melaknatimu. Lalu kami (para sahabat) bertanya kepada Rasulullah SWT: “Wahai Rasulullah! apakah kami pecat sahaja mereka? "Rasulullah menjawab : “Jangan! Selagi mereka masih menunaikan solat bersama kalian.”


Kitab Sahih Muslim, Kitab Imarah, Bab Memilih Pemimpin, No Hadis 1855 

HURAIAN RINGKAS HADITH
Dalam hadis tersebut menjelaskan berkaitan pemimpin dan penguasan yang mempunyai dua sifat yang berbeza iaitu bersifat baik dan mempunyai akhlak yang buruk. Justeru itu, sifat buruk yang tidak berakhlak mulia merupakan landasan untuk memberontak dan menggulingkan pemimpin itu. Namun begitu, jika pemimpin itu baik dan adil selagi ia melakukan solat maka tidak boleh memberontak  atau menggulingkannya. Landasan sifat pemimpin tersebut sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi di mana ciri-ciri pemimpin yang terbaik ialah mereka yang disayangi rakyat, dikasihi, dipuji, dan disanjungi rakyat atau orang bawahannya.

PENGAJARAN
  1.  Pemimpin yang melakukan kesilapan hendaklah diserahkan kepada orang yg bertanggungjawab untuk membaiki atau membaiki dan menasihati agar kembali ke pangkal jalan.
  2. Pemimpin digalakkan supaya menunaikan solat berjemaah bersama rakyat.
  3. Islam tidak suka umatnya yang saling menghina.