Monday, March 19, 2012

HADITH 4 : DOSA MENGHALANG ORANG DALAM PERJALANAN UNTUK MENDAPATKAN AIR



حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا صَالِحٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " ثَلاَثَةٌ لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ القِيَامَةِ، وَلاَ يُزَكِّيهِمْ، وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ، رَجُلٌ كَانَ لَهُ فَضْلُ مَاءٍ بِالطَّرِيقِ، فَمَنَعَهُ  مِنَ ابْنِ السَّبِيلِ، وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لاَ يُبَايِعُهُ إِلاَّ لِدُنْيَا، فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا رَضِيَ، وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا سَخِطَ، وَرَجُلٌ أَقَامَ سِلْعَتَهُ بَعْدَ العَصْرِ، فَقَالَ: وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ لَقَدْ أَعْطَيْتُ بِهَا كَذَا وَكَذَا، فَصَدَّقَهُ رَجُلٌ " ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ: {إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا} [آل عمران: 77

Maksudnya: Dari al-A’masy, dia berkata. “ Aku mendengar Abu Sahaleh berkata: Aku mendengar Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat serta tidak menyucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih iaitu orang yang memiliki air lebih dari keperluan di jalan, lalu dia melarang orang dalam perjalanan untuk mengambilnya, orang yang berbai’at pada imamnya, tetapi dia tidak membai’atnya kecuali untuk kepentingan dunia, apabila diberi dia redha dan apabila tidak diberi dia murka dan orang yang menawarkan barangnya selepas waktu asar lalu berkata: “ Demi Allah yang tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Dia, sungguh barang ku ini ditawar dengan harga sekian dan sekian, lalu perkataan itu dibenarkan oleh orang lain.” Kemudian beliau membaca ayat,” Sesungguhnya orang-orang yang menukar perjanjian dengan Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang murah. (al-Quran. Ali-Imran 3:77)

Kitab Sahih Bukhari, Kitab Masaqat(Tanaman), Bab Dosa Menghalang Perjalanan Orang Mengambil Air. Nom Hadith 2358

HURAIAN RINGKASAN HADITH
Ibn Baththal berkata, “ Hadis ini terdapat dalil bahawa pemilik ladang berhak daripada orang yang sedang dalam perjalanan apabila ia memerlukan. Namun, apabila keperluannya telah dipenuhi, maka ia tidak boleh melarang orang yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil air tersebut.
Ima Bukhari berkata “ Orang yang berpendapat bahawa pemilik telaga lebih berhak terhadap air yang ada di dalamnya.

PENGAJARAN

1. Allah tidak akan menerima hambanya diakhirat kelak jika memiliki air lebih dari keperluan di jalan, lalu dia melarang orang dalam perjalanan untuk mengambilnya.
2. Sebagai seorang manusia kita tidak boleh menyekat keperluan orang lain.
3. Kita perlu tolong menolong antara satu sama lain apabila ditimpa kesusahan atau musibah.

No comments:

Post a Comment