Friday, April 13, 2012

HADITH 10: MENGHIDUPKAN TANAH MATI

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي جَعْفَرٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَعْمَرَ أَرْضًا لَيْسَتْ لِأَحَدٍ فَهُوَ أَحَقُّ ، قَالَ عُرْوَةُ: قَضَى بِهِ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي خِلاَفَتِه.

Maksudnya: Yahya Bin Bukair dan al-Laith telah menceritakan kepada kami dari Ubaidullah Bin Abi Ja’far  dari Muhammad Bin Abdurrahman dari Urwah dari Aisyah Radiallahu anhu, dari Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang telah memanfaatkan tanah yang tidak dimiliki oleh seseorang, maka dia berhak ke atas tanah itu.” Urwah berkata, Umar RA memberi keputusan demikian pada zaman 
pemerintahannya.

Sahih Bukhari. Kitab Muzara’ah. Bab Orang yang menghidupkan tanah mati. No Hadis 2335. Status Sahih.

Syarah Hadith
Al-Qazzaz berkata yang dimaksudkan dengan tanah mati ialah tanah yang belum dikelola oleh sesiapa. Pengelolaan tanah itu  seperti kehidupan dan jika dibiarkan ibarat kematian. Pandangan ulama pula ialah jika seseorang telah bercucuk tanam di atas tanah yang tidak dimiliki serta mendirikan bangunan di atasnya, maka tanah itu menjadi miliknya sama ada lokasi tanah tersebut jauh atau dekat dari tempat bermukim

HADITH 9:RIBA

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَاللَّفْظُ لِعُثْمَانَ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا وَقَالَ عُثْمَانُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مُغِيرَةَ قَالَ سَأَلَ شِبَاكٌ إِبْرَاهِيمَ فَحَدَّثَنَا عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قَالَ قُلْتُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ قَالَ إِنَّمَا نُحَدِّثُ بِمَا سَمِعْنَا

Maksudnya: Uthman Bin Abi Syaibah dan Ishaq Bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami, dan lafaz Uthman, berkata Ishaq: Telah mengkhabarkan kepada kami, Uthman berkata: Jarir dan Mughirah telah menceritakan kepada kami dia berkata: Syibac bertanya kepada Ibrahim, lalu ia menceritakan kepada kami dari cAlqamah dari Abdullah dia berkata:  “Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) ribac, memberi (membayar) ribac, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama.”

Sahih Muslim. Kitab Masaqat. Bab Allah Melaknat Pemakan Dan Pemberi Ribac, Nom Hadith 1597.


Syarah Hadith
Hadith ini menjelaskan secara tegas mengenai  pengharaman riba secara tegas samada pemakan ribac, pemberi ribac atau saksi dan penulis ribac, semua golongan ini akan dilaknat oleh Allah.

Riba membawa maksud mengambil atau mengenakan tambahan terhadap harta atau nilai pokok atau modal secara batil. Secara ummumnya riba disimpulkan sebagai pengambilan tambahan samada dalam transaksi jual beli atau pinjaman yang bertentangan dalam Islam.

Al-Qurtubi mengatakan bahawa tiada dosa yang lebih buruk dari riba sehinggakan Allah SAW. Jumhur ulama juga telah bersepakat mengharam riba kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba sebagaimana yang disebut dalam hadith ini. Islam telah mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah kehidupan setiap individu. Amalan riba ini akan menyebabkan manusia menjadi malas berusaha dan hanya memikirkan keuntungan sahaja.



Monday, April 2, 2012

HADITH 8 : LARANGAN JUAL BELI YANG TIADA DISISI


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، عَنْ أَبِي بِشْرٍ، عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ، عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: يَأْتِينِي الرَّجُلُ يَسْأَلُنِي مِنَ البَيْعِ مَا لَيْسَ عِنْدِي، أَبْتَاعُ لَهُ مِنَ السُّوقِ، ثُمَّ أَبِيعُهُ؟ قَالَ: لَا تَبِعْ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ.

Maksudnya: Qutaibah Dan Husyaim telah menceritakan daripada Abi Bisyr daripada Yusuf Bin Mahak daripada Hakim Bin Hizam, katanya: “Aku telah datang menemui Rasulullah lalu ku berkata: Telah datang kepadaku seorang lelaki yang meminta padaku untuk menjual sesuatu yang tiada disisiku, bolehkah aku membelu untuknya dari pasar dan kemudian aku menjual kepadanya?” Sabdanya: “ Janganlah kamu menjual sesuatu yang tiada di sisi engkau”

Sunan Tirmidhi. Kitab Buyu’. Bab Larangan Jual Beli Yang Tiada Disisi. Nom Hadis 1232. Status Hassan Sahih.

Huraian Ringkas Hadith

Hadis di atas menerangkan mengenai larangan dan tegahan agar tidak menjual barangan yang tiada di sisi penjual. Setiap barang yang tiada di sisi bukan milik kita, oleh itu tidak sah jual beli tersebut. Selain itu tidak sah jual beli tanpa keizinan empunya barang kerana barang yang tiada pemilik tiada kuasa untuk menyerahkan kepada orang lain.

Sebagai contoh seseorang mengadu kepada saudaranya bahawa si polan tidak mahu menjual binatangnya kepadaku, maka saudaranya berkata biar aku yang menjual padamu, tidak usah kamu syak lagi, aku jual dan kamu boleh beli kepadaku.

Menurut Imam Nawawi: Jikalau seseorang menjual akan harta orang lain tanpa keizinan maka aqad tersebut akan batal. Tambahan lagi tidak sah jual beli menurut mazhab Syafi’e.

Pengajaran

  1. Jual beli sesuatu barangan yang tiada disisi penjual adalah tidak sah kerana barang tersebut ghaib atau tiada.
  2. Jual beli barang milik orang lain tanpa keizinan empunya barang tersebut adalah tidak sah dan batal aqad tersebut.
  3. Rasulullah menegah umatnya agar tidak melakukan jual beli barang yang tiada di sisi dan bukan hak milik.

HADITH 7: LARANGAN JUAL BELI GHARAR



حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الغَرَرِ، وَبَيْعِ الحَصَاة.

Maksudnya: Abu Kuraib telah menceritakan kepada kami Abu Usamah daripada Ubaidullah Bin Umar daripada Abi Az Zinad daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah katanya: “Rasulullah SAW telah menegah jual beli yang mengandungi unsur  secara gharar (penipuan) dan jual menggunakan anak batu”.

Sunan Tirmidhi. Kitab Buyu’. Bab Larangan Jual Beli Gharar. No Hadis 1230. Status Hassan Sahih.

Huraian Ringkas Hadith

Hadis di atas melarang kita agar melakukan jual beli yang gharar bereti jual beli yang mendatangkan unsur penipuan kerana itu salah satu  ciri jual beli yang haram. Sebagai contoh jual beli hamba yang belum wujud, menjual ikan di dalam air, menjual anak binatang dalam kandungan, menjual burung di langit dan sebagainya.

Menurut pendapat Imam Syafi’e: Sesetengah jual gharar itu ialah menjual ikan di dalam air dan jual beli hamba dan jual burung di langit dan yang seumpama demikian.

Jual beli secara lontaran anak batu ialah apabila seseorang pembeli berkata: Apabila aku mencampakkan kepada engkau akan anak batu ini, maka wajib terlaksanalah jualan antara aku dengan engkau. Hal ini menyerupai orang jahiliyyah. Oleh itu jual beli secara gharar atau balingan anak batu adalah haram.

Pengajaran

  1.  Jual beli secara balingan adalah haram dan bertentangan dengan hukum kerana mengandungi syubhah.
  2. Jual beli akan sesuatu barangan yang tiada jaminan akan kewujudannya adalah batal dan tidah sah.
  3. Jual beli secara gharar dan anak batu adalah dilarang oleh Rasulullah SAW terhadap umat Islam.