Friday, April 13, 2012

HADITH 9:RIBA

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَاللَّفْظُ لِعُثْمَانَ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا وَقَالَ عُثْمَانُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مُغِيرَةَ قَالَ سَأَلَ شِبَاكٌ إِبْرَاهِيمَ فَحَدَّثَنَا عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قَالَ قُلْتُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ قَالَ إِنَّمَا نُحَدِّثُ بِمَا سَمِعْنَا

Maksudnya: Uthman Bin Abi Syaibah dan Ishaq Bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami, dan lafaz Uthman, berkata Ishaq: Telah mengkhabarkan kepada kami, Uthman berkata: Jarir dan Mughirah telah menceritakan kepada kami dia berkata: Syibac bertanya kepada Ibrahim, lalu ia menceritakan kepada kami dari cAlqamah dari Abdullah dia berkata:  “Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) ribac, memberi (membayar) ribac, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama.”

Sahih Muslim. Kitab Masaqat. Bab Allah Melaknat Pemakan Dan Pemberi Ribac, Nom Hadith 1597.


Syarah Hadith
Hadith ini menjelaskan secara tegas mengenai  pengharaman riba secara tegas samada pemakan ribac, pemberi ribac atau saksi dan penulis ribac, semua golongan ini akan dilaknat oleh Allah.

Riba membawa maksud mengambil atau mengenakan tambahan terhadap harta atau nilai pokok atau modal secara batil. Secara ummumnya riba disimpulkan sebagai pengambilan tambahan samada dalam transaksi jual beli atau pinjaman yang bertentangan dalam Islam.

Al-Qurtubi mengatakan bahawa tiada dosa yang lebih buruk dari riba sehinggakan Allah SAW. Jumhur ulama juga telah bersepakat mengharam riba kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba sebagaimana yang disebut dalam hadith ini. Islam telah mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah kehidupan setiap individu. Amalan riba ini akan menyebabkan manusia menjadi malas berusaha dan hanya memikirkan keuntungan sahaja.



No comments:

Post a Comment