Wednesday, December 8, 2010

TAKWIM HIJRAH


Orang Arab memberi nama Bulan-bulan ini dengan  melihat keadaan dalam masyarakat pada masa tertentu sepanjang tahun. Ia diterima pakai hingga sekarang. Berikut adalah nama-nama bulan dalam Islam ;

MUHARAM => Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang.
SAFAR => Ertinya kosong. Penamaan safar terjadi kerana pada bulan itu, semua orang lelaki arab zaman dahulu pergi menunggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga pemukiman mereka tiada orang lelaki.
RABIULAWAL => Ertinya berasal dari kata rabi’ (Menetap) awal (Pertama).  Masa kembalinya kaum lelaki yang telah meninggalkan rumah atau merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah bagi umat Islam .
RABIULAKHIR => Ertinya masa menetap kaum lelaki dirumah untuk tempoh penghabisan.
JAMADILAWAL => Ertinya Jumadi(Kering) dan Awal(Pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.
JAMADILAKHIR => Ertinya musim kemarau yang penghabisan.
REJAB => Ertinya mulia. Ini kerana bangsa arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.
SYA’ABAN => Ertinya berkelompok, orang arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah.Peristiwa penting bagi umat Islam pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul maqdis ke Kaabah (Batullah)
RAMADHAN => Sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang disebut dalam al-Quran. Satu bulan yang memiliki kesucian, keutamaan dan pelbagai keistimewaan.
SYAWAL => Ertinya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia kedalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan puasa dan membayar zakat fitrah serta saling bermaafan. Itulah maksud membahagiakan.
ZULKAEDAH => Ertinya Zul( pemilik) dan Kaedah( duduk). Bulan ini merupakan istirehat bagi kaum lelaki arab pada zaman dahulu. Mereka menikmati dengan beristerihat dirumah mereka.
ZULHIJJAH => Ertiya menunaikan haji, bulan ini umat Islam sejak nabi Adam a.s memunaikan ibadat haji. 

No comments:

Post a Comment