Monday, April 2, 2012

HADITH 7: LARANGAN JUAL BELI GHARAR



حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الغَرَرِ، وَبَيْعِ الحَصَاة.

Maksudnya: Abu Kuraib telah menceritakan kepada kami Abu Usamah daripada Ubaidullah Bin Umar daripada Abi Az Zinad daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah katanya: “Rasulullah SAW telah menegah jual beli yang mengandungi unsur  secara gharar (penipuan) dan jual menggunakan anak batu”.

Sunan Tirmidhi. Kitab Buyu’. Bab Larangan Jual Beli Gharar. No Hadis 1230. Status Hassan Sahih.

Huraian Ringkas Hadith

Hadis di atas melarang kita agar melakukan jual beli yang gharar bereti jual beli yang mendatangkan unsur penipuan kerana itu salah satu  ciri jual beli yang haram. Sebagai contoh jual beli hamba yang belum wujud, menjual ikan di dalam air, menjual anak binatang dalam kandungan, menjual burung di langit dan sebagainya.

Menurut pendapat Imam Syafi’e: Sesetengah jual gharar itu ialah menjual ikan di dalam air dan jual beli hamba dan jual burung di langit dan yang seumpama demikian.

Jual beli secara lontaran anak batu ialah apabila seseorang pembeli berkata: Apabila aku mencampakkan kepada engkau akan anak batu ini, maka wajib terlaksanalah jualan antara aku dengan engkau. Hal ini menyerupai orang jahiliyyah. Oleh itu jual beli secara gharar atau balingan anak batu adalah haram.

Pengajaran

  1.  Jual beli secara balingan adalah haram dan bertentangan dengan hukum kerana mengandungi syubhah.
  2. Jual beli akan sesuatu barangan yang tiada jaminan akan kewujudannya adalah batal dan tidah sah.
  3. Jual beli secara gharar dan anak batu adalah dilarang oleh Rasulullah SAW terhadap umat Islam.

No comments:

Post a Comment