حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا
هُشَيْمٌ، عَنْ أَبِي بِشْرٍ، عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ، عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ
قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: يَأْتِينِي
الرَّجُلُ يَسْأَلُنِي مِنَ البَيْعِ مَا لَيْسَ عِنْدِي، أَبْتَاعُ لَهُ مِنَ السُّوقِ،
ثُمَّ أَبِيعُهُ؟ قَالَ: لَا تَبِعْ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ.
Maksudnya: Qutaibah Dan Husyaim telah menceritakan daripada Abi Bisyr daripada Yusuf Bin Mahak daripada Hakim Bin Hizam, katanya: “Aku telah datang menemui Rasulullah lalu ku berkata: Telah datang kepadaku seorang lelaki yang meminta padaku untuk menjual sesuatu yang tiada disisiku, bolehkah aku membelu untuknya dari pasar dan kemudian aku menjual kepadanya?” Sabdanya: “ Janganlah kamu menjual sesuatu yang tiada di sisi engkau”
Sunan Tirmidhi. Kitab Buyu’. Bab Larangan Jual Beli Yang Tiada Disisi. Nom Hadis 1232. Status Hassan Sahih.
Huraian Ringkas Hadith
Hadis di atas menerangkan mengenai larangan dan tegahan agar tidak menjual barangan yang tiada di sisi penjual. Setiap barang yang tiada di sisi bukan milik kita, oleh itu tidak sah jual beli tersebut. Selain itu tidak sah jual beli tanpa keizinan empunya barang kerana barang yang tiada pemilik tiada kuasa untuk menyerahkan kepada orang lain.
Sebagai contoh seseorang mengadu kepada saudaranya bahawa si polan tidak mahu menjual binatangnya kepadaku, maka saudaranya berkata biar aku yang menjual padamu, tidak usah kamu syak lagi, aku jual dan kamu boleh beli kepadaku.
Menurut Imam Nawawi: Jikalau seseorang menjual akan harta orang lain tanpa keizinan maka aqad tersebut akan batal. Tambahan lagi tidak sah jual beli menurut mazhab Syafi’e.
Pengajaran
- Jual beli sesuatu barangan yang tiada disisi penjual adalah tidak sah kerana barang tersebut ghaib atau tiada.
- Jual beli barang milik orang lain tanpa keizinan empunya barang tersebut adalah tidak sah dan batal aqad tersebut.
- Rasulullah menegah umatnya agar tidak melakukan jual beli barang yang tiada di sisi dan bukan hak milik.
No comments:
Post a Comment