حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ هُوَ ابْنُ أَبِي أَيُّوبَ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو عَقِيلٍ زُهْرَةُ بْنُ مَعْبَدٍ، عَنْ جَدِّهِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ هِشَامٍ، وَكَانَ قَدْ أَدْرَكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَتْ بِهِ أُمُّهُ زَيْنَبُ بِنْتُ حُمَيْدٍ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، بَايِعْهُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هُوَ صَغِيرٌ» فَمَسَحَ رَأْسَهُ، وَدَعَا لَهُ، وَكَانَ يُضَحِّي بِالشَّاةِ الوَاحِدَةِ عَنْ جَمِيعِ أَهْلِهِ.
Maksudnya: Ali
Bin Abdullah, Abdullah Bin Yazid dan Said Bin Abi Ayub telah menceritakan
kepada kami, dia berkata: Abu Aqil Zuhrah Bin Ma’bad menceritakan kepadaku dari
datuknya, Abdullah Bin Hisyam bahawa dia pernah dibawa oleh ibunya, Zainab Bin
Humaid menemui Rasulullah SAW, lalu dia berkata “Wahai Rasulullah SAW baiatlah
dia”. Maka Nabi SAW bersabda “dia masih kecil”. Lalu Nabi SAW mengusap
kepalanya dan mendoakannya. Beliau telah melakukan korban seekor kambing untuk semua ahli
keluarganya.
Sahih
Bukhari, Kitab Ahkam, Bab Membaiat Anak Kecil, Nom Hadis 7210
Huraian
Ringkas Hadith
Hadis
tersebut menjelaskan mengenai baiat atau perjanjian Islam dikalangan anak
kecil. Bahawa Zainab Binti Humaid telah membawa anaknya iaitu Abdullah Bin
Hisyam menemui Rasulullah SAW untuk dibaiah, akan tetapi Rasulullah SAW melarang
membaiat anak kecil seperti yang terdapat di dalam hadis tersebut bahawa baiah
tidak dilakukan terhadap anak kecil kerana beliau belum baligh dan terlalu
muda.
No comments:
Post a Comment