Wednesday, May 9, 2012

HADITH 13: MEMBAIAT ORANG ARAB BADAWI

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ المُنْكَدِرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ أَعْرَابِيًّا بَايَعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الإِسْلاَمِ، فَأَصَابَهُ وَعْكٌ، فَقَالَ: أَقِلْنِي بَيْعَتِي، فَأَبَى، ثُمَّ جَاءَهُ فَقَالَ: أَقِلْنِي بَيْعَتِي، فَأَبَى، فَخَرَجَ، 
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: المَدِينَةُ كَالكِيرِ، تَنْفِي خَبَثَهَا، وَيَنْصَعُ طِيبُهَا

Maksudnya: Dari Jabir Bin Abdullah, bahawa seorang Arab Badwi membaiat Rasulullah saw di atas Islam, lalu dia menderita sakit. Aka dia berkata: “ Lepaskan baiatku”, namun beliau tidak mahu. Kemudian dia datang kepadanya lantas berkata, “Lepaskan baiatku”, namun beliau tidak mahu, maka dia pun keluar. Rasulullah SAW bersabda: “ Madinah seperti ubupun besi, ia menghilangkan yang buruk dan mendatangkan yang baik”.

Sahih Bukhari, Kitab Ahkam, Bab Membaiat Arab Badwi, No Hadith 7209

Huraian Ringkas Hadith

Hadis tersebut membicarakan mengenai baiat orang Arab Badwi yang bermaksud baiat di sini ialah membaiat mereka dengan Islam dan jihad.

Ibn at-Tin berkata: Nabi tidak mahu melepaskan baiat tersebut kerana tidak mahu berkerjasama dalam melakukan kemaksiatan kerana sebab baiat pada awalnya adalah seseorang tidak boleh keluar dari Madinah kecuali setelah diizinkan, maka keluarnya tersebut kerana kemaksiatan.Hijrah ke Madinah adalah wajib bagi setiap yang masuk Islam. Barangsiapa tidak berhijrah maka tidak ada perlindungan antara  dirinya dan orang-orang Mukmin.


No comments:

Post a Comment