Monday, June 4, 2012

HADITH 15:BAB MENJUAL MINYAK WANGI DAN KASTURI



حَدَّثَنِي مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَاحِدِ، حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى، عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالجَلِيسِ السَّوْءِ، كَمَثَلِ صَاحِبِ المِسْكِ وَكِيرِ الحَدَّادِ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ المِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ، وَكِيرُ الحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ، أَوْ ثَوْبَكَ، أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً 
.
Maksudnya: Dari Abu Burdah Bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Abu Burdah Bin Abu Musa meriwayatkan dari ayahnya dia berkata: Rasulullah bersabda: “Perumpamaan teman duduk yang baik dan tempat duduk yang buruk adalah seperti  pemilik minyak kasturi dan perapian(dapur) besi, engkau tidak akan lepas dari pemilik minyak kasturi, ada kalanya engkau memberi dan mencium aromanya (bau). Adapun perapian (dapur) besi membakar tubuhmu, atau rumahmu, atau pakaianmu, atau engkau tidak mencium bau tidak sedap darinya.

Sahih Bukhari, Kitab Buyu’, Bab Menjual Minyak Wangi Dan Kasturi, No Hadith  2101

Syarah Hadith
Pada hadith ini menyebutkan perihal kasturi. Imam Bukhari menyebut minyak wangi dengan kasturi, kerana keduanya mempunyai aroma yang wangi. Dibenarkan jual beli pada minyak wangi dan juga kasturi kerana sifatnya yang wangi,

Pengajaran
  1. Boleh menjual minyak wangi kasturi yang suci dari segi syarak.
  2. Larangan menemani orang yang memberikan kesan buruk di dunia dan akhirat.
  3. Saranan agar berdampingan dengan orang yang akan memberi manfaat di akhirat kelak.

Wednesday, May 9, 2012

HADITH 14: FITNAH ORANG YANG DUDUK LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BERDIRI

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، ح قَالَ إِبْرَاهِيمُ:وَحَدَّثَنِي صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ المُسَيِّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَتَكُونُ فِتَنٌ، القَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ القَائِمِ، وَالقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ المَاشِي، وَالمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، فَمَنْ وَجَدَ مِنْهَا مَلْجَأً، أَوْ مَعَاذًا، فَلْيَعُذْ بِهِ

Maksudnya: Muhammad Bin Abdullah dan Ibrahim Bin Said telah menceritakan kepada kami dari ayahnya dari Abu Salamah Bin Abdurrahman dari Abu Hurairah, Ibrahim berkata, telah mencerikan kepada kami Solih Bin Kisan dari Ibn Syihab dari Said Bin Musayyab dari  Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah SAW bersabda, “ Akan terjadi fitnah, ketika itu orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berduri, orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari dari fitnah. barangsiapa berusaha menghadapi fitnah itu, maka fitnah itu akan mempengaruhinya, barangsiapa yang mendapat tempat bernaung atau berlindung hendaklah dia berlindung di tempat perlindungan itu

Sahih Bukhari, Kitab Fitan, Bab Fitnah Orang Duduk Lebih Baik Daripada Orang Yang Berdiri, No Hadis 7081

Huraian Ringkas 

Hadis tersebut menceritakan tentang keadaan fitnah yang ditimpa oleh seseorang. Apabila ditimpa fitnah hendaklah menghadapi fitnah tersebut dengan sebaik mungkin tanpa berpaling atau lari dari fitnah tersebut.

Menurut at-Tin paling tinggi tingkatan fitnah ialah orang yang berlari diana dia merupakan punca bagi terjadinya fitnah, penyebab fitnah adalah orang yang berjalan, orang yang duduk adalah pemerhati fitnah,  seterusnya orang yang terjaga adalah orang yang menjauhi diri dari fitnah.

HADITH 13: MEMBAIAT ORANG ARAB BADAWI

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ المُنْكَدِرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ أَعْرَابِيًّا بَايَعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الإِسْلاَمِ، فَأَصَابَهُ وَعْكٌ، فَقَالَ: أَقِلْنِي بَيْعَتِي، فَأَبَى، ثُمَّ جَاءَهُ فَقَالَ: أَقِلْنِي بَيْعَتِي، فَأَبَى، فَخَرَجَ، 
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: المَدِينَةُ كَالكِيرِ، تَنْفِي خَبَثَهَا، وَيَنْصَعُ طِيبُهَا

Maksudnya: Dari Jabir Bin Abdullah, bahawa seorang Arab Badwi membaiat Rasulullah saw di atas Islam, lalu dia menderita sakit. Aka dia berkata: “ Lepaskan baiatku”, namun beliau tidak mahu. Kemudian dia datang kepadanya lantas berkata, “Lepaskan baiatku”, namun beliau tidak mahu, maka dia pun keluar. Rasulullah SAW bersabda: “ Madinah seperti ubupun besi, ia menghilangkan yang buruk dan mendatangkan yang baik”.

Sahih Bukhari, Kitab Ahkam, Bab Membaiat Arab Badwi, No Hadith 7209

Huraian Ringkas Hadith

Hadis tersebut membicarakan mengenai baiat orang Arab Badwi yang bermaksud baiat di sini ialah membaiat mereka dengan Islam dan jihad.

Ibn at-Tin berkata: Nabi tidak mahu melepaskan baiat tersebut kerana tidak mahu berkerjasama dalam melakukan kemaksiatan kerana sebab baiat pada awalnya adalah seseorang tidak boleh keluar dari Madinah kecuali setelah diizinkan, maka keluarnya tersebut kerana kemaksiatan.Hijrah ke Madinah adalah wajib bagi setiap yang masuk Islam. Barangsiapa tidak berhijrah maka tidak ada perlindungan antara  dirinya dan orang-orang Mukmin.


HADITH 12:MEMBAIAH ANAK KECIL


حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ هُوَ ابْنُ أَبِي أَيُّوبَ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو عَقِيلٍ زُهْرَةُ بْنُ مَعْبَدٍ، عَنْ جَدِّهِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ هِشَامٍ، وَكَانَ قَدْ أَدْرَكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَتْ بِهِ أُمُّهُ زَيْنَبُ بِنْتُ حُمَيْدٍ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، بَايِعْهُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هُوَ صَغِيرٌ» فَمَسَحَ رَأْسَهُ، وَدَعَا لَهُ، وَكَانَ يُضَحِّي بِالشَّاةِ الوَاحِدَةِ عَنْ جَمِيعِ أَهْلِهِ.


Maksudnya: Ali Bin Abdullah, Abdullah Bin Yazid dan Said Bin Abi Ayub telah menceritakan kepada kami, dia berkata: Abu Aqil Zuhrah Bin Ma’bad menceritakan kepadaku dari datuknya, Abdullah Bin Hisyam bahawa dia pernah dibawa oleh ibunya, Zainab Bin Humaid menemui Rasulullah SAW, lalu dia berkata “Wahai Rasulullah SAW baiatlah dia”. Maka Nabi SAW bersabda “dia masih kecil”. Lalu Nabi SAW mengusap kepalanya dan mendoakannya. Beliau telah melakukan  korban seekor kambing untuk semua ahli keluarganya.

Sahih Bukhari, Kitab Ahkam, Bab Membaiat Anak Kecil, Nom Hadis 7210

Huraian Ringkas Hadith
Hadis tersebut menjelaskan mengenai baiat atau perjanjian Islam dikalangan anak kecil. Bahawa Zainab Binti Humaid telah membawa anaknya iaitu Abdullah Bin Hisyam menemui Rasulullah SAW untuk dibaiah, akan tetapi Rasulullah SAW melarang membaiat anak kecil seperti yang terdapat di dalam hadis tersebut bahawa baiah tidak dilakukan terhadap anak kecil kerana beliau belum baligh dan terlalu muda.



HADITH 11: BAB BERFATWA KETIKA MARAH



حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ عُمَيْرٍ سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ كَتَبَ أَبُو
بَكْرَةَ إِلَى ابْنِهِ وَكَانَ بِسِجِسْتَانَ بِأَنْ لَا تَقْضِيَ بَيْنَ اثْنَيْنِ وَأَنْتَ غَضْبَانُ فَإِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَقْضِيَنَّ حَكَمٌ بَيْنَ اثْنَيْنِ وَهُوَ غَضْبَانُ



Terjemahan: Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Bakrah berkata, "Abu Bakrah mengirim surat untuk anaknya yang berada di Sajistan, bahwa janganlah  kamu menetapkan keputusan antara dua orang yang disaat kamu marah, kerana sungguh aku telah mendengar nabi Muhammad SAW bersabda: “Janganlah seseorang hakim menetapkan keputusan antara dua orang saat dia dalam keadaan marah

Sahih Bukhari, KitabAl-Ahkam,  Bab Apabila Qadi Menetapkan Atau Berfatwa Ketika Marah,  Nom Hadith 7158

Huraian Ringkas Hadith


Hadith ini melarang seorang hakim atau qadi menetapkan atau membuat sesuatu keputusan dalam keadaan marah. Menurut Ibn ad-Daqiq berkata dilarang menetapkan hukum ketika marah kerana ketika itu berlakunya perubahan emosi sehingga mempengaruhi keputusan yang dilakukan dan akan mewujudkan kekeliruan dalam penetapan hukum. Berdasarkan hal ini, ahli fiqh memperluaskan hukum ini merangkumi semua perkara yang mempengaruhi emosi seseorang seperti ketika lapar, mengantuk dan semua perkara berkenaan hati sehingga memberikan kesan negatif kepada penetapan hukum yang akan dilakukan

:Imam Syafi’e dalam al-Umm berkata
 Aku tidak suka seseorang hakim menetapkan hukum pada saat lapar, penat, dan hati kacau kerana keadaan 
seperti itu mengakibatkan fikiran seseorang tidak stabil

Menurut Imam Hanbal berkata: Hukum yang ditetapkan saat marah tidaklah 
.dilaksanakan kerana ada larangan tegas tentang itu
Menurut Jumhur Ulama mengatakan menetapkan hukum ketika marah adalah makruh, maka ketetapannya adalah sah jika bersesuaian dengan kebenaran, namun hukum tersebut tetap makruh

Friday, April 13, 2012

HADITH 10: MENGHIDUPKAN TANAH MATI

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي جَعْفَرٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَعْمَرَ أَرْضًا لَيْسَتْ لِأَحَدٍ فَهُوَ أَحَقُّ ، قَالَ عُرْوَةُ: قَضَى بِهِ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي خِلاَفَتِه.

Maksudnya: Yahya Bin Bukair dan al-Laith telah menceritakan kepada kami dari Ubaidullah Bin Abi Ja’far  dari Muhammad Bin Abdurrahman dari Urwah dari Aisyah Radiallahu anhu, dari Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang telah memanfaatkan tanah yang tidak dimiliki oleh seseorang, maka dia berhak ke atas tanah itu.” Urwah berkata, Umar RA memberi keputusan demikian pada zaman 
pemerintahannya.

Sahih Bukhari. Kitab Muzara’ah. Bab Orang yang menghidupkan tanah mati. No Hadis 2335. Status Sahih.

Syarah Hadith
Al-Qazzaz berkata yang dimaksudkan dengan tanah mati ialah tanah yang belum dikelola oleh sesiapa. Pengelolaan tanah itu  seperti kehidupan dan jika dibiarkan ibarat kematian. Pandangan ulama pula ialah jika seseorang telah bercucuk tanam di atas tanah yang tidak dimiliki serta mendirikan bangunan di atasnya, maka tanah itu menjadi miliknya sama ada lokasi tanah tersebut jauh atau dekat dari tempat bermukim

HADITH 9:RIBA

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَاللَّفْظُ لِعُثْمَانَ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا وَقَالَ عُثْمَانُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مُغِيرَةَ قَالَ سَأَلَ شِبَاكٌ إِبْرَاهِيمَ فَحَدَّثَنَا عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قَالَ قُلْتُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ قَالَ إِنَّمَا نُحَدِّثُ بِمَا سَمِعْنَا

Maksudnya: Uthman Bin Abi Syaibah dan Ishaq Bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami, dan lafaz Uthman, berkata Ishaq: Telah mengkhabarkan kepada kami, Uthman berkata: Jarir dan Mughirah telah menceritakan kepada kami dia berkata: Syibac bertanya kepada Ibrahim, lalu ia menceritakan kepada kami dari cAlqamah dari Abdullah dia berkata:  “Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) ribac, memberi (membayar) ribac, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama.”

Sahih Muslim. Kitab Masaqat. Bab Allah Melaknat Pemakan Dan Pemberi Ribac, Nom Hadith 1597.


Syarah Hadith
Hadith ini menjelaskan secara tegas mengenai  pengharaman riba secara tegas samada pemakan ribac, pemberi ribac atau saksi dan penulis ribac, semua golongan ini akan dilaknat oleh Allah.

Riba membawa maksud mengambil atau mengenakan tambahan terhadap harta atau nilai pokok atau modal secara batil. Secara ummumnya riba disimpulkan sebagai pengambilan tambahan samada dalam transaksi jual beli atau pinjaman yang bertentangan dalam Islam.

Al-Qurtubi mengatakan bahawa tiada dosa yang lebih buruk dari riba sehinggakan Allah SAW. Jumhur ulama juga telah bersepakat mengharam riba kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba sebagaimana yang disebut dalam hadith ini. Islam telah mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah kehidupan setiap individu. Amalan riba ini akan menyebabkan manusia menjadi malas berusaha dan hanya memikirkan keuntungan sahaja.



Monday, April 2, 2012

HADITH 8 : LARANGAN JUAL BELI YANG TIADA DISISI


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، عَنْ أَبِي بِشْرٍ، عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ، عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: يَأْتِينِي الرَّجُلُ يَسْأَلُنِي مِنَ البَيْعِ مَا لَيْسَ عِنْدِي، أَبْتَاعُ لَهُ مِنَ السُّوقِ، ثُمَّ أَبِيعُهُ؟ قَالَ: لَا تَبِعْ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ.

Maksudnya: Qutaibah Dan Husyaim telah menceritakan daripada Abi Bisyr daripada Yusuf Bin Mahak daripada Hakim Bin Hizam, katanya: “Aku telah datang menemui Rasulullah lalu ku berkata: Telah datang kepadaku seorang lelaki yang meminta padaku untuk menjual sesuatu yang tiada disisiku, bolehkah aku membelu untuknya dari pasar dan kemudian aku menjual kepadanya?” Sabdanya: “ Janganlah kamu menjual sesuatu yang tiada di sisi engkau”

Sunan Tirmidhi. Kitab Buyu’. Bab Larangan Jual Beli Yang Tiada Disisi. Nom Hadis 1232. Status Hassan Sahih.

Huraian Ringkas Hadith

Hadis di atas menerangkan mengenai larangan dan tegahan agar tidak menjual barangan yang tiada di sisi penjual. Setiap barang yang tiada di sisi bukan milik kita, oleh itu tidak sah jual beli tersebut. Selain itu tidak sah jual beli tanpa keizinan empunya barang kerana barang yang tiada pemilik tiada kuasa untuk menyerahkan kepada orang lain.

Sebagai contoh seseorang mengadu kepada saudaranya bahawa si polan tidak mahu menjual binatangnya kepadaku, maka saudaranya berkata biar aku yang menjual padamu, tidak usah kamu syak lagi, aku jual dan kamu boleh beli kepadaku.

Menurut Imam Nawawi: Jikalau seseorang menjual akan harta orang lain tanpa keizinan maka aqad tersebut akan batal. Tambahan lagi tidak sah jual beli menurut mazhab Syafi’e.

Pengajaran

  1. Jual beli sesuatu barangan yang tiada disisi penjual adalah tidak sah kerana barang tersebut ghaib atau tiada.
  2. Jual beli barang milik orang lain tanpa keizinan empunya barang tersebut adalah tidak sah dan batal aqad tersebut.
  3. Rasulullah menegah umatnya agar tidak melakukan jual beli barang yang tiada di sisi dan bukan hak milik.

HADITH 7: LARANGAN JUAL BELI GHARAR



حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الغَرَرِ، وَبَيْعِ الحَصَاة.

Maksudnya: Abu Kuraib telah menceritakan kepada kami Abu Usamah daripada Ubaidullah Bin Umar daripada Abi Az Zinad daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah katanya: “Rasulullah SAW telah menegah jual beli yang mengandungi unsur  secara gharar (penipuan) dan jual menggunakan anak batu”.

Sunan Tirmidhi. Kitab Buyu’. Bab Larangan Jual Beli Gharar. No Hadis 1230. Status Hassan Sahih.

Huraian Ringkas Hadith

Hadis di atas melarang kita agar melakukan jual beli yang gharar bereti jual beli yang mendatangkan unsur penipuan kerana itu salah satu  ciri jual beli yang haram. Sebagai contoh jual beli hamba yang belum wujud, menjual ikan di dalam air, menjual anak binatang dalam kandungan, menjual burung di langit dan sebagainya.

Menurut pendapat Imam Syafi’e: Sesetengah jual gharar itu ialah menjual ikan di dalam air dan jual beli hamba dan jual burung di langit dan yang seumpama demikian.

Jual beli secara lontaran anak batu ialah apabila seseorang pembeli berkata: Apabila aku mencampakkan kepada engkau akan anak batu ini, maka wajib terlaksanalah jualan antara aku dengan engkau. Hal ini menyerupai orang jahiliyyah. Oleh itu jual beli secara gharar atau balingan anak batu adalah haram.

Pengajaran

  1.  Jual beli secara balingan adalah haram dan bertentangan dengan hukum kerana mengandungi syubhah.
  2. Jual beli akan sesuatu barangan yang tiada jaminan akan kewujudannya adalah batal dan tidah sah.
  3. Jual beli secara gharar dan anak batu adalah dilarang oleh Rasulullah SAW terhadap umat Islam.

Monday, March 19, 2012

HADITH 6: MEMINTA JAWATAN PEMIMPIN

وأخرج البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي عن عبد الرحمن بن سمرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تسأل الامارة ، فإنك إن اعطيتها عن غير مسألة أعنت عليها ، وإن أعطيتها عن مسألة وكلت إليها ، وإذا حلفت على يمين فرأيت غيرها خيراً منها فأت الذي هو خير وكفر عن يمينك .

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika diberikan (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkan tanpa ditolong (menanggung segala bebanya). Tetapi jika engkau diberi kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya). Apabila engkau bersumpah terhadap sesuatu, namun selepas itu engkau dapati ada yang lain lebih baik daripadanya(apa yang engkau sumpahkan itu), maka laksanakanlah apa yang lebih baik dan bayarlah (tebuslah) kifarat sumpah kamu itu."

Kitab Sahih Muslim, Kitab Imarah, Bab Larangan Menuntut Jadi Pemimpin, Nom Hadith 1652

HURAIAN RINGKAS HADITH

Dalam hadis tersebut difahami bahawa Nabi Muhammad SAW tidak menggalakkan atau menegah memohon jawatan penguasa atau pemimpin itu kerana jawatan atau tanggungjawab yang besar dan semua itu akan dipersoalkan atau ditanya oleh Allah SWT. Sekiranya tidak dapat berlaku adil akan membawa kecelakaan pada hari kiamat nanti.
Kepimpinan itu seharusnya janganlah diminta  namun Nabi SAW tidak mengharamkannya. Hal tersebut kerana bagi sesiapa yang menyandang jawatan pemimpin atas dasar permintaannya ia akan menghadapi permasalahan secara bersendirian di mana Allah tidak akan menolongnya menyebabkan ia sukar, khusus bagi orang yang tidak berkemampuan. Walau bagaimanapun bagi seorang yang berkelayakan dan ia sahaja yang layak memohon jawatan pemimpin itu, adalah wajib baginya memohon jawatan tersebut.

PENGAJARAN
  1.  Memohon jawatan sebagai pemimpin tidak digalakkan dalam Islam.
  2. Pemimpin yang dilantik atas dasar pemilihan umum atau syura akan dibantu Allah.
  3. Pemimpin yang berkelayakan dan adil akan mendapat pimpinan Allah SWT.
  4. Sesiapa yang berkelayakan dan tiada ada orang Islam yang lebih layak utk menjadi pemimpin maka waktu itu wajib atau fardu ain baginya menawarkan diri menjadi pemimpin.

HADITH 5 : MENYERAHKAN TANAMAN PADA ORANG YAHUDI


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطَى خَيْبَرَ اليَهُودَ، عَلَى أَنْ يَعْمَلُوهَا وَيَزْرَعُوهَا، وَلَهُمْ شَطْرُ مَا خَرَجَ مِنْهَا.

Maksudnya : Dari Nafi, dari Ibn Umar RA, “Sesungguhnya Rasulullah memberikan khaibar(tanaman) kepada orang Yahudi untuk dikerjakan dan bercucuk tanam, dan memberi pada mereka sebahagian dari hasil tanaman tersebut”.

Kitab Sahih Bukhari, Kitab Muzara’ah(Pertanian), Bab Menyerahkan Tanaman Kepada Orang Yahudi, Nom Hadith 2331.

HURAIAN RINGKASAN HADITH

Hadith tersebut sebagai isyarat bahawa tiada perbezaan antara melakukan kerja dengan kaum Muslimin atau orang kafir zimmi(orang kafir yang memohon perlindungan dari kaum Muslim). Malahan boleh untuk menyerahkan tanaman pada Yahudi untuk mengerjakan hasil tanaman dan mesti diberikan upah iaitu dari hasil sebahagian tanaman tersebut.


PENGAJARAN


1. Tiada perbezaan antara melakukan kerja dengan kaum Muslimin atau orang kafir zimmi.
2. Orang kafir atau yahudi boleh menjaga tanaman orang muslim.
3. Harus memberi upah pada orang yang menjaga tanaman.


HADITH 4 : DOSA MENGHALANG ORANG DALAM PERJALANAN UNTUK MENDAPATKAN AIR



حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا صَالِحٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " ثَلاَثَةٌ لاَ يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ القِيَامَةِ، وَلاَ يُزَكِّيهِمْ، وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ، رَجُلٌ كَانَ لَهُ فَضْلُ مَاءٍ بِالطَّرِيقِ، فَمَنَعَهُ  مِنَ ابْنِ السَّبِيلِ، وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لاَ يُبَايِعُهُ إِلاَّ لِدُنْيَا، فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا رَضِيَ، وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا سَخِطَ، وَرَجُلٌ أَقَامَ سِلْعَتَهُ بَعْدَ العَصْرِ، فَقَالَ: وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ لَقَدْ أَعْطَيْتُ بِهَا كَذَا وَكَذَا، فَصَدَّقَهُ رَجُلٌ " ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ: {إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا} [آل عمران: 77

Maksudnya: Dari al-A’masy, dia berkata. “ Aku mendengar Abu Sahaleh berkata: Aku mendengar Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat serta tidak menyucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih iaitu orang yang memiliki air lebih dari keperluan di jalan, lalu dia melarang orang dalam perjalanan untuk mengambilnya, orang yang berbai’at pada imamnya, tetapi dia tidak membai’atnya kecuali untuk kepentingan dunia, apabila diberi dia redha dan apabila tidak diberi dia murka dan orang yang menawarkan barangnya selepas waktu asar lalu berkata: “ Demi Allah yang tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Dia, sungguh barang ku ini ditawar dengan harga sekian dan sekian, lalu perkataan itu dibenarkan oleh orang lain.” Kemudian beliau membaca ayat,” Sesungguhnya orang-orang yang menukar perjanjian dengan Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang murah. (al-Quran. Ali-Imran 3:77)

Kitab Sahih Bukhari, Kitab Masaqat(Tanaman), Bab Dosa Menghalang Perjalanan Orang Mengambil Air. Nom Hadith 2358

HURAIAN RINGKASAN HADITH
Ibn Baththal berkata, “ Hadis ini terdapat dalil bahawa pemilik ladang berhak daripada orang yang sedang dalam perjalanan apabila ia memerlukan. Namun, apabila keperluannya telah dipenuhi, maka ia tidak boleh melarang orang yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil air tersebut.
Ima Bukhari berkata “ Orang yang berpendapat bahawa pemilik telaga lebih berhak terhadap air yang ada di dalamnya.

PENGAJARAN

1. Allah tidak akan menerima hambanya diakhirat kelak jika memiliki air lebih dari keperluan di jalan, lalu dia melarang orang dalam perjalanan untuk mengambilnya.
2. Sebagai seorang manusia kita tidak boleh menyekat keperluan orang lain.
3. Kita perlu tolong menolong antara satu sama lain apabila ditimpa kesusahan atau musibah.

HADITH 3: SUMPAH DALAM JUAL-BELI

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، أَخْبَرَنَا العَوَّامُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَجُلًا أَقَامَ سِلْعَةً وَهُوَ فِي السُّوقِ، فَحَلَفَ بِاللَّهِ لَقَدْ أَعْطَى بِهَا مَا لَمْ يُعْطِ لِيُوقِعَ فِيهَا رَجُلًا مِنَ المُسْلِمِينَ فَنَزَلَتْ: {إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا} [آل عمران: 77] .  

Maksudnya: Dari Ibrahim Bin Abdurrahman, dari Abdullah Bin Abi Aufa’ RA, “Sesungguhnya seorang lelaki menempatkan barang sedang dia berada dipasar. Lalu bersumpah atas nama Allah telah memberikan barang itu apa yang tidak berikan dengan tujuan untuk menjerat seorang lelaki dari kaum Muslimin, maka turunlah ayat “Sesungguhnya orang-orang yang menjual (menukar) perjanjian dengan Allah serta sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit.” (al-Quran. Ali-Imran 3:77)

Kitab Sahih Bukhari, Kitab Buyu’, Bab Sumpah Dalam Jual Beli. No Hadith 2088.

HURAIAN RINGKASAN HADITH

            Hadis tersebut menerangkan sumpah dalam jual beli yang tidak di sukai secara mutlak. Apabila sumpah itu dusta, maka haram hukumnya. Sedangkan apabila sumpah itu benar dan jujur, maka hukumnya makruh. Pendapat mengatakan hadis ini bersifat khusus, sedangakan hadis ini bersifat umum, oleh itu umum di situ disimpulkan dari Firman Allah “Dan sumpah-sumpah mereka”. Dalam perbahasan ini tentang kesaksian disebutkan mengenai asbab penurunan ayat al-Quran ini bagi menyokong hadis tersebut.

HADITH 2: MENJUAL KURMA CAMPURAN


حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، حَدَّثَنَا شَيْبَانُ، عَنْ يَحْيَى، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: كُنَّا نُرْزَقُ تَمْرَ الجَمْعِ، وَهُوَ الخِلْطُ مِنَ التَّمْرِ، وَكُنَّا نَبِيعُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، وَلاَ دِرْهَمَيْنِ بِدِرْهَمٍ.

Maksudnya: Dari Abu Salamah, dari Abu Sa’id RA, dia berkata,” Kami diberikan rezeki berupa kurma Jam’, iaitu campuran. Kami biasa menjual dua sha’ dengan satu sha’.” Maka Nabi SAW bersabda, “Tidak boleh menukar/menjual dua sha’ dengan satu sha’, dan tidak boleh pula dua dirham dengan satu dirham.”


Kitab Sahih Bukhari, Kitab Buyu’, Bab Menjual Kurma Campuran, Nom Hadith 2080.

HURAIAN RINGKASAN HADITH

Hadith tersebut menceritakan mengenai menjual kurma campuran. Maksudnya kurma yang terdiri dari pelbagai jenis. Terdiri daripada kurma yang berkualiti bagus atau tidak berkualiti iaitu sudah rosak. Hadith tersebut mengandungi  larangan melakukan sistem barter kurma dengan kurma, jika salah satunya banyak, begitu dengan dirham.


PENGAJARAN

1. Tidak boleh menipu dalam jualan seperti menjual kurma yang telah rosak, bahkan ianya kelihatan elok.
2. Larangan dalam melakukan sistem barter jika tidak samataraf  nilainya.



HADITH 1: MENGHORMATI PEMIMPIN

 حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ، أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ يَزِيدَ بْنِ جَابِرٍ، عَنْ رُزَيْقِ بْنِ حَيَّانَ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قَرَظَةَ، عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ، وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ ، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَفَلآ نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ؟ فَقَالَ: لاَ، مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلَاةَ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ، فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ، وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ.


Maksudnya: Rasulullah bersabda: “Pemimpin-pemimpin mu yang paling baik ialah orang yang engkau sayangi atau kasihi dan ia menyayangimu, dan yang engkau doakan keselamatan dan mereka pun mendoakanmu dengan keselamatan. Dan pemimpin-pemimpin yang paling jahat ialah orang yang engkau benci dan ia membencimu  dan yang engkau laknati serta mereka melaknatimu. Lalu kami (para sahabat) bertanya kepada Rasulullah SWT: “Wahai Rasulullah! apakah kami pecat sahaja mereka? "Rasulullah menjawab : “Jangan! Selagi mereka masih menunaikan solat bersama kalian.”


Kitab Sahih Muslim, Kitab Imarah, Bab Memilih Pemimpin, No Hadis 1855 

HURAIAN RINGKAS HADITH
Dalam hadis tersebut menjelaskan berkaitan pemimpin dan penguasan yang mempunyai dua sifat yang berbeza iaitu bersifat baik dan mempunyai akhlak yang buruk. Justeru itu, sifat buruk yang tidak berakhlak mulia merupakan landasan untuk memberontak dan menggulingkan pemimpin itu. Namun begitu, jika pemimpin itu baik dan adil selagi ia melakukan solat maka tidak boleh memberontak  atau menggulingkannya. Landasan sifat pemimpin tersebut sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi di mana ciri-ciri pemimpin yang terbaik ialah mereka yang disayangi rakyat, dikasihi, dipuji, dan disanjungi rakyat atau orang bawahannya.

PENGAJARAN
  1.  Pemimpin yang melakukan kesilapan hendaklah diserahkan kepada orang yg bertanggungjawab untuk membaiki atau membaiki dan menasihati agar kembali ke pangkal jalan.
  2. Pemimpin digalakkan supaya menunaikan solat berjemaah bersama rakyat.
  3. Islam tidak suka umatnya yang saling menghina.

Monday, January 16, 2012

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah " (QS 36 : 82).

~Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).
...
~Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

~Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersame ngan kite kita " (QS 9 : 40).

>>>Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hatimu dan hatiku.... dan kuatkanlah hatimu kerana Allah....